Pemuda, warga emas maut dalam kemalangan berasingan di Dungun

Friday, August 26, 2011

KERETA yang dipandu Ahmad Sofri terputus dua selepas terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebatang pokok.  


KERETA yang dipandu Ahmad Sofri terputus dua selepas terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebatang pokok.

DUNGUN: Hasrat seorang jurukimpal berbuka puasa bersama keluarga tidak kesampaian setelah dia terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 9 Jalan Teluk Lipat, Sura Hujung berhampiran Kelab Golf Desa, di sini, semalam.

Mangsa Ahmad Sofri Badaruddin, 23, dari Kampung Jalan Bunga Raya, di sini maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan kepala.

Kejadian yang berlaku kira-kira 7 petang apabila kereta yang dipandu mangsa dari arah Kuala Terengganu terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebatang pokok. 


Akibat rempuhan itu menyebabkan kereta yang dipandu Ahmad Sofri terputus dua dan mangsa tercampak kira-kira 10 meter dari tempat kejadian. Mayat di hantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat.

Menurut abang mangsa Ahmad Sobri, 35, dia hanya berjumpa dengan adiknya itu kira-kira lima minit sejurus dia tiba ke kampung untuk pulang beraya.

Katanya, Ahmad Sofri tidak bercakap banyak dan hanya memberitahu semua persiapan untuk berbuka puasa bersama anggota keluarga yang lain sudah tersedia.

"Hanya itu yang arwah maklumkan sebelum keluar dengan memandu kereta saya dan beberapa minit selepas itu kami sekeluarga dimaklumkan arwah terlibat dalam kemalangan," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Dungun.
Sementara itu, seorang warga emas maut setelah dirempuh sebuah motosikal di Kilometer 90 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran simpang Durian Mentangau, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi, mangsa Kadir Seman, 67, sedang melintas jalan sebelum dirempuh motosikal yang datang dari arah Kuala Terengganu menuju ke Paka.

Akibat rempuhan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian peha dan kepala.

Ketua polis Daerah Dungun, Superitendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua kes kemalangan itu. -
BERNAMA

Read more...

Rihanna has denied that she made a sex tape

Thursday, August 25, 2011

Rihanna has denied that she made a sex tape despite claims to the contrary.
Adult company Hustler have insisted they are in possession of a tape showing the S&M singer and rapper J-Cole.
In a statement to RadarOnline, the company claims to have an intimate video of the two performers but have not indicated when or where it was taken.
“Hustler are in possession of the Rihanna and J-Cole tape,” a representative told the site.
“We have seen it and we do not know what we are going to do with it yet.”
The company refused to reveal any further details of what the tape contains, but are adamant that it is real.
But a source close to Rihanna has denied such a video exists.
“Rihanna is surprised because there is no sex tape,” they said.
J-Cole was the opening act for Rihanna during her 2011 Loud tour and she also made a cameo in his music video Can’t Get Enough.
Reps for both parties have not commented on the matter. 

© Cover Media

Read more...

ISU PERPADUAN : ISU KAUM SERING JADI PENGHALANG PEMBENTUKAN MALAYSIA HARMONI

Wednesday, August 24, 2011

Oleh Imlan Adabi



Seorang doktor perubatan yang kembali bertugas di negara ini merungut; “Saya dikenali sebagai rakyat Malaysia ketika berada di luar negara. Saya bangga dengan sebutan itu kerana saya lahir dan dibesarkan di Malaysia. Hanya apabila tamat belajar di luar negara, saya berkhidmat di sana kerana Malaysia menghadapi masalah ekonomi ekoran spekulasi mata wang pada 1998.  “Jiwa saya tetap Malaysia di perantauan. Saya menyokong Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David ketika mereka beraksi di kota penghijrahan. Saya tidak segan silu mengarak Jalur Gemilang kerana menyokong atlit sukan dari Malaysia. “Kini saya kembali ke Malaysia dan bertugas di sebuah klinik. Malangnya saya tetap dianggap sebagai orang luar. Inilah dilema saya. Dianggap sebagai rakyat Malaysia di luar negara, tetapi rasa diketepikan di tanah kelahiran sendiri.” Suara kesal doktor berusia 40 tahun itu bukan cerita lama. Ia berulang kali berlaku apabila membabitkan isu kaum dan semangat patriotik. Jurang kaum masih menebal dan kita tidak tahu siapakah yang sepatutnya meredakan keadaan selaras konsep 1Malaysia.  

Hari ini menjelang 54 tahun mencapai kemerdekaan, Malaysia masih lagi berada di ambang isu kaum yang saling berentetan. Kajian sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendapati jurang kaum semakin menebal selepas Pilihan Raya Umum 2008. Pelbagai isu dipolitikkan dan dikaitkan dengan sentimen perkauman walaupun pada asasnya kehidupan ini bukan semata-mata membabitkan isu ras, etnik, agama dan cara hidup. Orang politik sering membuat jenaka kononnya Malaysia sebuah negara bangsa. Mereka menyebut bangsa Malaysia. Kita hairan bagaimana bangsa Malaysia boleh disebut sedangkan dalam kalangan kita ada Melayu, India dan Cina serta pelbagai etnik lain lagi. Selama 54 tahun Malaysia berusaha membina persamaan dan persefahaman, tetapi amat mustahil untuk mewujudkan sebuah negara bangsa kerana kepelbagaian yang ada. Keadaan di Malaysia seperti juga di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Singapura yang tidak mungkin melahirkan negara bangsa kerana keragaman kaum, agama dan cara hidup. Kita berbeza dengan Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos dan Kemboja kerana kewujudan bangsa teras.

Negara itu hanya mengutamakan sebuah bahasa pengantar di sekolah dan perlembagaan negara serta tidak membiarkan kelainan etnik menimbulkan jurang kaum yang tinggi.  Berbeza dengan Malaysia yang bukan saja bahasa rasminya boleh dipertikai nilai ekonomi dan sosial, malah ada dalam kalangan Melayu sendiri yang merendahkan bahasa ibunda untuk subjek Sains dan Matematik di sekolah. Aneh sekali apabila sebuah negara yang 54 tahun merdeka tidak mahu mengiktiraf kepentingan lingua franca yang jutaan tahun diguna pakai di perairan Nusantara. Isu kaum dan agama sering merumitkan. Perasaan saling curiga hatta membabitkan hal remeh dipolitikkan. Sepanjang tempoh merdeka, kita saling bergeser isu agama walaupun ada pihak yang cuba mewaraskan keadaan. Kita bimbang isu Melayu di gereja dan penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian bakal menjadi api yang merebak tanpa melihat kepada persekitaran sebenar.  Seperti telahan doktor yang berasakan dirinya ‘rakyat asing’ di negara sendiri, kita terlalu banyak berpolitik dan menjadikan isu kaum sebagai halangan untuk membentuk Malaysia yang harmoni.

Ketika kaum Melayu berasakan sudah terlalu banyak memberi kepada pihak lain, kaum Cina dan India pula masih menuduh kerajaan berat sebelah dan menyisih mereka dalam pelbagai sektor pembangunan dan prasarana ekonomi. Selagi perasaan ini muncul, isu kaum seperti yang dikaji selidik Merdeka Centre tidak akan mudah berakhir. Apa saja cetusan bakal memberi riak yang berbeza. Lebih parah apabila setiap isu yang timbul, diledakkan pula oleh orang politik yang akhirnya menambahkan lagi jurang perbezaan dalam kalangan kita.

SUMBER
BERITA HARIAN
22 OGOS 2011

Read more...

ISU SOSIAL : KESELAMATAN NEGARA TARUHAN UTAMA

Oleh Manja Ismail


Seperti dijangka, tempoh pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang sepatutnya berakhir semalam dilanjutkan seminggu lagi sehingga 31 Ogos ini.  Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam ketika mengumumkannya berkata, langkah itu dibuat ekoran sambutan berterusan daripada majikan dan pendatang tanpa izin (PATI) di semua kaunter pendaftaran Program 6P sejak dibuka 1 Ogos lalu. Lanjutan itu juga dibuat selepas mengambil kira inisiatif beberapa syarikat pengurus yang turun ke ladang-ladang di kawasan pedalaman untuk memujuk pendatang tanpa izin supaya berdaftar. Memang tempoh dua minggu ditetapkan sebelum ini tidak mencukupi jika jumlah pendatang haram yang ada di negara ini sekarang mahu didaftarkan. Malah kita tidak terkejut jika ia dilanjutkan lagi selepas 31 Ogos jika pihak berkuasa benar-benar mahu menyelesaikan masalah kebanjiran rakyat asing yang semakin membimbangkan rakyat tempatan.  Walaupun mereka dijanjikan pengampunan jika datang mendaftar, hakikatnya bukan saja ramai pendatang haram enggan berbuat demikian, malah ada majikan lebih suka mengaji pekerja tanpa permit kerana ia lebih menguntungkan.

Setakat Jumaat lalu, 2,088,358 pekerja asing berdaftar melalui Program 6P dan lebih daripada separuh, iaitu 1,135,499 orang ialah pendatang haram. Walaupun perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, ia menimbulkan kebimbangan kerana pelbagai gejala buruk yang ditimbulkan oleh pendatang asing semakin menjadi-jadi sekarang.  Jika dulu pendatang atau pekerja asing di negara ini hanya dari Indonesia dan Bangladesh, kini boleh dikatakan hampir semua rakyat dunia ketiga datang untuk tinggal di Malaysia, manakala sebahagian besarnya datang dengan niat mencari rezeki halal, tidak kurang juga datang untuk menipu, merompak, mengedar dadah dan melacurkan diri.  Saban hari kita membaca berita mengenai jenayah yang dilakukan pendatang asing ini. Malah beberapa kawasan apartmen tertentu di sekitar Lembah Klang sekarang dikuasai oleh pendatang asing, terutama dari Afrika dan Asia Barat, yang kononnya datang untuk belajar di negara ini, tetapi ramai yang bekerja. Contoh paling jelas ialah apabila kita mengunjungi restoran atau pusat beli-belah yang mana pelayan atau jurujual tidak lagi dari Indonesia India, Bangladesh atau Filipina saja.

Apabila ditanya, jawapannya bekerja sambilan. Setahu kita di kebanyakan negara tidak membenarkan pemegang visa pelajar bekerja, walaupun sambilan dan mereka cukup tegas dalam perkara ini. Kita tidak tahu sama ada Malaysia mempunyai pengecualian dalam hal ini. Yang jelas, berbanding negara lain dasar kita terhadap pendatang asing agak lembut.  Dalam usaha menarik pelancong atau pelajar asing memenuhi universiti swasta tempatan, pintu masuk ke negara ini dibuka kepada semua tanpa usul periksa. Bagi membantu industri perladangan dan perkilangan pula, tidak cukup rakyat Indonesia, Bangladesh dan Thailand, warga China, Vietnam, Nepal dan Afrika dibawa masuk. Proses membawa masuk pekerja asing ini sendiri sudah menjadi satu industri lumayan dan menjadi rebutan. Dalam hal ini pun, walaupun permit diberi kepada syarikat tempatan, sebahagian pekerja ialah rakyat asing. Alasan majikan yang memerlukan pekerja asing ialah rakyat tempatan enggan bekerja di ladang, kilang atau restoran. Benarkah anggapan itu atau majikan mahukan jalan mudah dengan membayar upah rendah tanpa perlu menjaga aspek lain yang mesti dilakukan jika mengambil rakyat tempatan?

Antara faktor rusuhan di London dan beberapa kota di England baru-baru ini ialah kemarahan rakyat negara itu yang terpendam sekian lama terhadap dasar imigrasi British yang agak terbuka kepada pendatang. Memang sebahagian besar pekerjaan serta perniagaan kecil dan sederhana di negara itu kini dikuasai oleh rakyat British keturunan Asia Selatan atau Afrika, yang menjadi generasi kedua pendatang ke negara itu. Belia Inggeris sendiri kecuali yang berkelulusan, tidak bekerja dan hanya mengharapkan bantuan kerajaan. Justeru, rusuhan belia berkulit putih di London dikatakan reaksi spontan kesan perasaan terpendam mereka terhadap kaum pendatang di negara itu. Keadaan yang sama tidak mustahil berlaku di Malaysia jika masalah kebanjiran rakyat asing ini tidak ditangani secara menyeluruh. Program 6P yang membabitkan pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran memang mahu menangani masalah ini dan kerana itu, ia perlu diberikan waktu secukupnya dan tidak harus dipolitikkan.

SUMBER
BERITA HARIAN
22 OGOS 2011

Read more...

MANUSIAWI INSANI MISTERI : REZEKI FID DI LORONG GELAP

Tuesday, August 23, 2011

Dengan penuh pesona, Firdaus Bakri meminta izin untuk ke bilik air. Katanya, dia mahu menyegarkan diri terlebih dulu sebelum wajahnya dirakam oleh lensa kamera penulis. Sementelah menunggunya, penulis dibenarkan untuk berada di bilik yang disewanya iaitu di sebuah rumah kedai di Lorong Haji Taib, Chow Kit, Kuala Lumpur. Bilik yang disewa Firdaus bersama seorang rakannya tidaklah besar. Bahkan, bukan sebarangan orang yang dapat menembusi kawasan itu sesuka hati. Sukarnya cahaya melintasi menyebabkan suasana kamar lelaki yang berusia sekitar 20-an itu agak suram. Jadi, bertepatanlah dengan kadar sewanya iaitu RM25 sehari. Pada awal perkenalan, Firdaus seolah-olah tidak membenarkan penulis menyapanya dengan nama Firdaus. Cukuplah katanya, memanggilnya dengan nama Fid. Dalam kalangan penghuni Lorong Haji Taib atau kalangan pelanggannya pula, Fid dikenali sebagai Firsya. Atmosfera kewanitaan terserlah di kamar Fid. Barangkali menggemari warna hijau, dia memilih langsir dan tikar berwarna warna lembut itu.



Tiada katil dan lenanya hanya bersandarkan sebuah tilam tebal tanpa cadar. Untuk menghiasi dinding berwarna putih di bilik itu, Fid mereka hiasan berupa langsir comel dan di atasnya diletakkan kad dan gambar anak patung beruang. Televisyen dipasang semasa kunjungan penulis ke biliknya pada malam itu. Daripada wayar TV yang panjang dibiarkan togel, beberapa reben merah diikat pada wayar tersebut. Fid sebenarnya tidak menyangka dia akan menjalani kehidupannya di Lorong Haji Taib. Sememangnya dekorasi di bilik itu amat ringkas. Tiada almari mekap mahupun dapur atau peti sejuk. Namun, getus hati penulis, bukan Fid tidak mampu tetapi ruang yang terhad menyebabkan hanya sebuah meja tulis dapat dimuatkan. Semua set alat mekap diletakkan bertebaran di atas tilam sahaja. Mudah untuk disimpulkan, konsep kediaman Fid umpama sebuah asrama. Untuk mandi atau membasuh, bilik airnya dikongsi bersama penghuni-penghuni lain yang berada pada satu aras. Kelekaan penulis menghayati segenap skop bilik Fid yang berhati wanita itu tersentak seketika.

Fid kembali semula dan terus melabuhkan punggung di atas tilam. Sudah menghampiri pukul 12 malam, Fid berkata, dia harus menyiapkan dirinya untuk pergi bekerja. Lantas dia mengeluarkan cermin mekap. Dengan lemah gemalai, dia mengenakan bedak asas pada wajahnya. Solekannya nampak tertumpu di bahagian mata. Fid memilih untuk memakai warna terang dan kemudian dia menyolek matanya dengan warna gelap. Dicapainya celak untuk melukis pembayang mata. Untuk memastikan bebola matanya lebih terserlah, berus lembut dipilih dan diolesnya secara berhati-hati. Sambil tangan kiri memegang cermin, Fid melentikkan bulu matanya dan menyempurnakan dengan maskara. Akhir sekali, bibirnya yang mungil disapukan dengan pengilat bibir. Tidak tahu jenama apakah yang digunakan olehnya, namun yang pasti Fid mengalami transisi yang sangat menakjubkan. Gaya Fid menyerikan wajahnya juga ibarat jurumekap profesional. Fid menggambarkan bahawa dia memiliki kepakaran mendandan wajah seperti seorang jurumekap bertauliah.

Rambutnya yang paras pinggang disisir rapi dan dilepaskan begitu sahaja telah menyerlahkan lagi kejelitaannya. “Abang, saya nak tukar baju,” kata Fid selepas mengambil masa-masa kira-kira 15 minit untuk menyolek wajahnya. Mendengar kata-katanya, penulis menawarkan diri untuk keluar dari biliknya. Namun seorang kawan Fid menegah dan berkata: “Buat apa awak keluar, dia kan lelaki.” Ya, memang benar katanya. Namun, pada ketika itu, penulis masih memvisualkan dan menganggap Fid adalah seorang wanita. Fid dengan selamba membuka baju-T yang dipakainya dan terus memakai coli berwarna merah. Tindakannya membuatkan penulis terkesima. Dalam, sepantas kilat penulis membidik kamera. “Abang, ambillah gambar saya dengan latar belakang langsir, ini sudut paling terbaik,” saran Fid yang memiliki bentuk badan tidak ubah seperti seorang wanita. Sebenarnya, Fid yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur membenarkan setiap inci pergerakannya dirakam oleh penulis.

Setiap malam lelaki berwajah wanita ini akan menunggu pelanggan di kaki lima-kaki lima rumah kedai di Lorong Haji Taib dan kawasan berhampiran dengannya. Fid sudah lengkap berpakaian. Dia mengenakan kasut tumit tinggi berwarna hitam dan menuruni anak tangga dengan sopan dan lenggoknya yang tersendiri. Katanya, inilah masanya dia mula bekerja demi sesuap nasi. Di manakah lokasi tempatnya bekerja dan apakah pekerjaan? Jawapannya, hanya di Lorong Haji Taib dan dia tidak berjawatan tinggi. Jika nasibnya baik, dalam semalam, dia memperoleh kira-kira RM150 hasil daripada kerjanya itu. Walau pada bulan Ramadan, pekerjaan itu harus diteruskan. Bagaimanakah dia berpuasa dan menyambut Aidilfitri? Perkara itu tidak penulis gali sepenuhnya demi menjaga perasaan Fid. Lelaki berwajah wanita itu tidak banyak cakap. Dengan beg Louis Vuittonnya, dia berdiri di satu sudut. Kehadirannya di situ bagai dinanti-nantikan lantaran tidak sampai tiga minit, dia didatangi sebuah kereta.

Dengan gaya menggoda dan mula bermain dengan rambutnya, Fid dilihat berkata-kata sesuatu dengan pelanggan yang berpotensi untuknya pada malam itu. Bagi seorang jurufoto, itu adalah momen yang dinanti-nanti dalam menceritakan perjalanan seorang transeksual yang seringkali dipandang sinis masyarakat. Di sebalik keghairahan itu, tiba-tiba terpacul satu suara garau yang entah datang dari mana berteriak: “Oi, kau ambil gambar buat apa?.” Disebabkan rasa gementar dengan ancaman sedemikian rupa, penulis meninggalkan lokasi itu dengan pelbagai tanda tanya yang masih tidak terungkai. Entah apa yang terjadi dengan nasib Fid sekarang, penulis tidak tahu. Sebagai seorang jurufoto yang ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat, penulis sedaya upaya cuba menyelongkar intipati kehidupan seorang transeksual atau mak nyah untuk difahami orang ramai. Namun kerja itu tidak semudah seperti yang disangka. Firdaus Bakri yang membahasakan dirinya Fid tergolong dalam komuniti itu tidak banyak membutirkan kata-kata.

Sememangnya benar kata orang, golongan seperti itu suka memencilkan diri dan lebih senang hidup dalam dunianya sendiri. Tiga jam bersamanya, lelaki dengan aura penuh kewanitaan itu memberitahu, dia mula menjadi perempuan sejak berumur 12 tahun. “Bapa saya buat jahat, itu sebab saya jadi macam ni,” imbas Fid dengan nada suara kemarahan. Sejak tragedi itu, dia menjadi penghuni Lorong Haji Taib dan tidak mempunyai pelajaran. Bulan lalu, dia pernah bekerja di sebuah restoran makanan segera tetapi tidak kekal. Melihat wajah dan iris matanya, penulis merasakan ada kelowongan di jiwanya yang sulit untuk ditebak. Penulis sangat berharap pertemuan yang berlangsung pada Ramadan yang ke-13 itu, membolehkan penulis menyelami isi hatinya. Malangnya, misi selama tiga jam itu gagal. Sampai bilakah Fid akan terus terjerumus ke lembah itu? Penulis tidak dapat mengagak. Namun, jauh di sudut lelaki berwajah wanita itu, dia mahu kembali ke jalan yang diredai Allah. Seperti yang lain, Fid mahu menjadi seperti manusia biasa yang punya anak dan keluarga. Fid meletakkan sepenuh harapan agar masyarakat tidak memandang hina orang sepertinya. Apakah yang akan terjadi pada Fid selepas ini dan bagaimanakh dia mencorak masa depan seterusnya? Hanya Allah yang menentukan.

SEMOGA ALLAH
MEMBERIKAN HIDAYAH AGAR DIA BISA BERUBAH

SUMBER
HARIAN KOSMO
23 OGOS 2011

Read more...

Remaja bunuh ibu kekasih, rakan

Sunday, August 21, 2011

KUSADASI (Turki): Seorang pelayan remaja menikam dua wanita Britain hingga mati di Turki selepas seorang daripadanya enggan mengizinkan remaja itu mengahwini anak perempuannya yang berusia 15 tahun.

Remaja lelaki itu, Recep Cetin yang berusia 17 tahun membawa dua wanita berkenaan ke kawasan hutan terpencil sebelum menikam mereka. Recep dikatakan berpacaran dengan Shannon Graham, anak kepada seorang daripada mangsa, Marion Graham sejak dua tahun lalu. Minggu lalu, Marion, 53, berbalah dengan Recep yang menggunakan nama samaran sebagai Alex kerana remaja itu didakwa menendang Shannon ketika pasangan berkenaan bertengkar.

Marion memberi amaran kepada Recep supaya tidak mengasari anak perempuannya. Bagaimanapun, pelayan terbabit mengancam untuk membunuh Marion sekiranya dia menjadi penghalang dalam perhubungannya dengan Shannon. Malam semalam, agensi berita kerajaan, Anatolia berkata, Recep mengaku membunuh Marion dan rakannya, Cathy Dinsmore, 53, yang kedua-duanya berasal dari Newry, County Down, Ireland utara.
Shannon kini diletakkan di bawah penjagaan pegawai kedutaan Ireland.

“Dia benar-benar ketakutan dan kami melakukan yang terbaik untuk menenangkannya,” kata seorang pegawai konsulat di kedutaan itu.

Marion, Cathy dan Shannon adalah pengunjung tetap ke Turki, di mana keluarga Marion memiliki kediaman percutian di tepi pantai di Kusadasi. Shannon dan Recep mula berpacaran selepas gadis itu dan ibunya mengunjungi restoran tempat Recep bekerja. Sejak itu, dia selalu terbang ke Turki untuk bertemu pelayan terbabit setiap kali cuti persekolahannya.
Khamis lalu, Recep menghantar Shannon menaiki bot di perairan Kusadasi sebelum menawarkan membawa Marion dan Cathy bersiar-siar ke Izmir.

Kedua-dua wanita itu dibawa menaiki kereta bapa Recep ke kawasan hutan terpencil di Buca, di mana mereka kemudian dibunuh remaja lelaki berkenaan.
Sementara itu, bapa Shannon, Raymond McGuinness, berkata dia memang tidak bersetuju dengan perhubungan anaknya bersama remaja Turki berkenaan.

“Memang ada yang tidak kena dalam perhubungan mereka,” katanya.

Seorang teman Shannon juga berkata, Recep adalah seorang pemuda yang sangat cemburu dan dia begitu terdesak untuk mengahwini Shannon. -my Metro

Read more...

Virtual Router - Wifi Hot Spot for Windows 7 / 2008 R2

Fungsinya menjadikan laptop sebagai pengulang (repeater) signal wireless. Sesetengah Handphone samsung mempunyai aplikasi router. Tetapi inilah salah satu cara paling jimat berkongsi internet secara wireless..

maklumat lanjut dan download boleh didapati di web ini
http://virtualrouter.codeplex.com/


Read more...

Najib: Select panel won't affect timing of polls

Saturday, August 20, 2011


KUALA LUMPUR: The 13th general election could be held any time and was not bound by the work of the Parliamentary Select Committee on Electoral Reforms, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said yesterday.
He, however said the government would try its best to implement any recommendation by the committee before the coming election to improve the electoral system.

"There are recommendations that can be done instantly and there are others which would take time," he told a press conference after chairing the Umno supreme council meeting.

Najib, who is Umno president, said the supreme council had also come up with ideas to improve the electoral system, and this would be forwarded to the representatives in the committee.
"The council also throws its support behind government's efforts to further improve the electoral system.

"The credibility of the electoral system should not be questioned or manipulated," said Najib.

On the move by the opposition to wait for terms of reference before deciding on their participation in the committee, Najib said the committee was the government's sincere offer so that decisions could be made based on consensus.

On allegations that Umno master- minded the recent raid by the Selangor Religious Affairs Depart-ment (Jais) on a church in Damansara Utama, Najib dismissed it and said it was illogical and a wild accusation.

He said the issue involved the administration of the Selangor government, which had the right to direct Jais to conduct any raid and not Umno.

"It does not make sense. They are just allegations. How can we (Umno) instruct people who are not under Umno?

"Jais is under whose authority? Not Umno. Who were the people who had done this, not Umno."

Najib pointed out that the matter should be addressed by the state government.

He said Umno maintained the principles stated in the Federal Constitution that Islam was the religion of the Federation, but that other faiths could be practised in any part of the country.

He also pointed out that a provision of the Constitution had stated Muslims here should not be proselytised by non-Muslims.

"Islam is the religion of the Federation and no one can taint the sanctity of Islam, including forcing or attempting to convert Malaysian Muslim into other faiths."

On Aug 3, Jais had carried out a check on the Damansara Utama Methodist Church after receiving information that Muslims were attending a function organised by the church and that Muslims were being proselytised.

Earlier, Najib revealed that Umno had 3,277,444 members to date with Sabah having the highest membership at 483,013.

He also announced that Dayang Juliana Awang Tambi, who stood as candidate under the Parti Cinta Malaysia ticket in the recent Sarawak election, had been sacked from Umno as the party's constitution disallowed its members to contest either under an independent or opposition ticket.-nst



Read more...

Pemilik salun songlap RM1.6j

DICARI...Shafien menunjukkan gambar Hashima yang disyaki menipu 
pelaburan berjumlah RM1.6 juta.
DICARI...Shafien menunjukkan gambar Hashima yang disyaki menipu pelaburan berjumlah RM1.6 juta. 
 
NIBONG TEBAL: Seorang pemilik salun kecantikan dan dua lelaki dicari bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pelaburan dan 10 kes samun di sekitar Seberang Prai Selatan dan Bukit Mertajam, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, pemilik salun itu yang dikenali sebagai Hashima Hashim, 36, dari Taman Merak Jaya, dekat sini, dicari berkenaan kes pelaburan membabitkan lebih 30 pelabur yang juga mangsanya.
Katanya, pihaknya menerima laporan polis pada 1 Ogos lalu daripada mangsa mendakwa berasa tertipu sebelum melakukan siasatan.

“Selepas menjalankan siasatan, kami mendapati lebih 30 mangsa membuat pelaburan berjumlah setengah juta kepada suspek sejak beberapa tahun lalu.

“Pada awal pelaburan, mereka menerima dividen seperti dijanjikan, namun pada Julai lalu, suspek menghilangkan diri malah suaminya tidak dapat mengesannya.- Harian Metro




Read more...

cuepacs1malaysia@yahoo.com

Friday, August 19, 2011

Dengan segala hormatnya surat daripada Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Pelajaran Malaysia bil. KPM.BKP.100-6/5 Jld.8(72) bertarikh 25 Julai 2011 adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa dalam melancarkan proses
penyampaian maklumat dengan lebih berkesan dan mempercepatkan
perkhidmatan, pihak CUEPACS telah mewujudkan akaun E-mel
...seperti berikut:

cuepacs1malaysia@yahoo.com

 

Semua persoalan, permasalahan dan maklumat boleh disampaikan kepada
CUEPACS melalui emel di atas

Read more...

Ummi lafaz sumpah tak ada seks dengan Baginda

Tuesday, August 16, 2011

Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu.Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap Baginda hari ini.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi...
“Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” katanya. Ummi Hafilda diiringi oleh Penasihat Undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.
Beliau mengemukakan permohonan itu setelah Baginda gagal menghadirkan diri di mahkamah seperti yang disyaratkan pada 8 Ogos lalu.
Menurut Mohd Khairul, Malaysiakini , yang dinamakan oleh Ummi Hafilda sebagai defenden kedua, hadir apabila kes itu disebutkan. “Kami telah failkan dokumen berkaitan ke atas dirinya termasuk mengiklan di Harian Metro tetapi dia (Baginda) gagal hadirkan diri,” katanya.

Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.
Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.
Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.
Mkini Dotcom Sdn Bhd pula didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.
Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya.


 
sumber : Post - Malaysiakini

Read more...

Gay pastor union will cause social ills, Jamil Khir says

KUALA LUMPUR, Aug 14 — Islamic Affairs Minister Datuk Seri Jamil Khir Baharom claimed social problems will arise if a self-confessed gay Malaysian pastor proceeds with his wedding soon.
Rev Ou Yang Wen Feng, 41, and his African-American partner are planning to tie the knot at the end of the month in New York and hold a reception later in Malaysia.
“It is one of the tenets of liberals; they believe in freedom in the name of extreme human rights.
“We agree with human rights but such extremism that allows man and man to marry will create social problems,” he told reporters after the launch of the Groundbreaking Ceremony for the Al-Hijrah Surau here at the Pantai Ria housing project.
The minister said Malaysian civil law does not allow same-sex marriages.
“To me, as the minister in the Prime Minister Department in the religious context, I think it will encourage liberalism in Malaysia and this understanding is worrisome,” he said.
Jamil Khir stopped short of saying the marriage should be stopped, but added that the relevant authorities will take the appropriate action.
Ou Yang, who now serves at the Metropolitan Community Church in New York, said he planned to come back to Malaysia for holidays next year after his wedding to partner Phineas Newborn III, 47, a Broadway musical producer.
He said his “coming out” took place in 2006 after nine years of childless union with his now ex-wife, whom he described as an “angel”. Ou Yang grew up in a conservative Christian family.
Ou Yang, a former columnist with Sin Chew Daily, is currently in Hong Kong promoting his book on homosexuality and Christianity.



sumber : Post-The Malaysian Insider  14 Aug. 2011

Read more...

Suami pakai baju, seluar terbalik maut nahas


16.08.2011

PASIR PUTEH: Hasrat empat rakan untuk keluar minum selepas solat Tarawih berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka rentung akibat terbabit dalam kemalangan di Kilometer 24.5 di Kampung Jerus, Selising di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.58 malam itu pemandu kereta, Tuan Mat Syamsul Tuan Ismail, 35, maut, manakala rakannya, Mohamad Ikram Ismail, 27, yang juga kakitangan Hospital Tengku Anis; pembantu mekanik, Mohamad Nazirul Munir Mohamad Nasir, 18, dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Abal, Zuraidi Zakaria, cedera.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal, berkata mangsa yang memandu kereta Proton Wira dalam perjalanan dari arah Kampung Bukit Abal ke Kampung Pak Badol. 

“Apabila sampai berhampiran stesen minyak Caltex kereta dipandu mangsa dikatakan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan, sebelum terbakar menyebabkan Tuan Mat Syamsul terperangkap dan rentung dalam kenderaan.

“Tiga lagi rakan mangsa dapat diselamatkan oleh orang awam yang ada di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, tiga mangsa yang tercedera kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (HUSM).

Mohd Kamal berkata, siasatan awal mendapati kesemua mangsa yang berasal dari Kampung Bukit Abal dalam perjalanan ke Kampung Pak Badol untuk minum.
Sementara itu, isteri Tuan Mat Syamsul, Rosmawati Kamaruddin, 29, berkata sebelum keluar dari rumah arwah suaminya berpesan supaya menjaga anak dengan baik.

“Dia pesan supaya jaga anak dengan sempurna agar mereka menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat, dan maafkannya jika selepas ini kami tidak bertemu lagi.

“Apa yang lebih pelik sebelum dia keluar rumah baju dan seluar yang dia pakai semuanya terbalik, saya menegurnya gelagat dia namun tidak diendahkan dan terus pergi bersama rakannya,” katanya.




sumber : Post- Berita Harian Online

Read more...

Monday, August 15, 2011

FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN

-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu 



sumber : Post - engkabang.net

Read more...

TUGAS-TUGAS KURIKULUM

Sunday, August 14, 2011

JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM SEKOLAH
•   Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai.
•   Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran.
•   Mencadangkan, membina dan menguruskan alat bantuan mengajar.
•   Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran.
•   Menetapkan garis pengajaran/pembelajaran.
•   Menetapkan garis panduan penyediaan Rancangan Kerja.
•   Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan Jadual Waktu.
•   Mengadakan mesyuarat.
•   Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meninggikan lagi prestasi pelajar.
•   Merancang dan melaksana kelas pemulihan dan kelas bimbingan.
•   Mengesan dan memastikan supaya Sukatan dan Perancangan Pelajaran dilaksanakan dengan    sempurna .
•   Merancang kursus dan pendedahan kepada kakitangan akademik mengenai perkara baru dalam pendidikan.
•   Menyebarkan bahan-bahan bacaan dan makluman mengenai pendidikan kepada guru.
•   Mengkaji analisa keputusan PMR, SPM dan peperiksaan dalaman dan merangka program jangka pendek dan panjang mengatasi kelemahan.
•   Mengkaji dan menilai buku-buku teks buku tambahan yang digunakan oleh pelajar-pelajar untuk menentukan kesesuaian dan membuat pendidikan di sekolah.
•   Berusaha untuk memperbanyakkan bahan-bahan sumber pendidikan di sekolah.
•   Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

JAWATANKUASA (KETUA-KETUA PANITIA MATA PELAJARAN)
•   Bertanggungjawab meningkat mutu dan prestasi pencapaian akademik dalam peperiksaan PMR, SPM dan Peperiksaan Dalaman.
•   Membincangkan hal-hal berikut:
•   Rancangan Pelajaran.
•   Buku Teks.
•   Sukatan Pelajaran dan Huraian.
•   Peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
•   Peperiksaan dan penilaian.
•   Bahan Alat Bantu Mengajar.
•   Pemulihan.
•   Kerja Latihan.
•   Implementasi Rancangan Akademik Sekolah jangka panjang dan jangka pendek.
•   Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran.
•   Menyediakan SKU panitia mata pelajaran.
•   Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas (jika ada)  dan alat-alat bagi mata pelajaran yang ada dan menyediakan peraturan penggunaannya.
•   Melaksana rancangan lima tahun akademik sekolah.


SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
•   Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah.
•   Menyediakan jadual pembina soalan.
•   Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan.
•   Memastikan keselamatan.
•   Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan dijalankan.
•   Memastikan skema jawapan disediakan oleh panel penggubalan soalan.
•   Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut masa yang ditetapkan.
•   Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.
•   Menetapkan tarikh perjumpaan ibubapa dengan guru untuk membincang kemajuan pelajar.
PENYELARAS PMR & SPM PEPERIKSAAN
•   Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan mengenai peperiksaan kepada guru tingkatan.
•   Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan (Borang Sekolah / Borang Sementara) untuk diisi oleh pelajar dengan kerjasama guru tingkatan.
•   Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberi oleh JPN dan Lembaga Peperiksaan.
•   Mengumpulkan, menyemak borang-borang kemasukan (Borang Sementara) dengan kerjasama guru tingkatan.
•   Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan PMR & SPM .
•   Memasukkan data pelajar ke dalam komputer dan membuat salinan JPN, Lembaga Peperiksaan dan sekolah.
•   Makluman kepada Penolong Kanan HEM jika ada pelajar yang tidak mampu membayar dan memerlukan bantuan PIBG / Tabung Kebajikan Sekolah untuk tindakan selanjutnya.
•   Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan PMR & SPM
•   Menentukan bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik peperiksaan bertulis dan peperiksaan lisan.
•   Menyediakan pelan tempat duduk calon bagi bilik peperiksaaan dalam 4 salinan.
•   Menyediakan label meja calon yang ditampal di atas meja.
•   Menyediakan perkara-perkara berikut untuk peperiksaan:
•   Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan.
•   Menyediakan jadual pelaksanan Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris PMR, SPM & STPM.
•   Menyediakan bilik-bilik peperiksaan dan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan untuk calon persendirian jika ada.
•   Bekerjasama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia dalam menentukan kelancaran perjalanan peperiksaan amali/Pendididkan Seni.
•   Penyelaras peperiksan PMR & SPM STPM mesti berada di sekolah pada hari terakhir peperiksaan dan pastikan bilik-bilik darjah ditutup dan barang-barang yang dipinjamkan dikembalikan ke pejabat.
•   Mendapatkan 3 set soalan PMR, SPM & STPM untuk rujukan sekolah.
•   Menyelaraskan penyediaan sijil untuk penilaian kendalian sekolah (PKSM)
•   Analisa kertas soalan.
•   Borang kewangan.
•   Borang keterangan pelajar yang tidak memiliki kad pengenalan.
•   Borang-borang lain yang berkaitan.
•   Almari.
•   Jam Dinding.
o   Cop sekolah/Lakri
•   Kapur.
•   Pemadam.
o   Lain-lain


GURU MEDIA / PENYELARAS PSS
•   Menyelaras semua program yang dirancang.
•   Membentuk Lembaga Pusat Sumber dan Perpustakaan mengadakan mesyuarat.
•   Menyediakan jadual kerja bagi pekerja pusat sumber dan perpustakaan.
•   Menyediakan undang-undang dan peraturan pusat sumber dan perpustakaan.
•   Menceriakan PSS.
•   Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya.
•   Membantu melaksanakan program perkembangan staf.
•   Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan PSS.


GURU PERPUSTAKAAN
•   Menguruskan perlantikan pengawas PSS.
•   Menyediakan peraturan penggunaan PSS.
•   Memastikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar.
•   Melatih pengawas PSS yang baru dilantik supaya mahir dengan peraturan dan keadaan di perpustakaan.
•   Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
•   Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan.
•   Menguruskan pembelian buku.
•   Merekodkan buku perolehan dalam buku stok.
•   Mengkelaskan buku mengikut sistem yang digunakan di sekolah.
•   Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
•   Merawat buku dan menguruskan hapuskira buku.
•   Membuat laporan tahunan untuk rekod.


GURU BAHAN BANTU MENGAJAR / BBM / APD
•   Memastikan alat-alat BBM/APD yang berkuasa elektrik dan bahan software sentiasa dalam keadaan baik.
•   Melaporkan kepada Penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.
•   Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
•   Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD.
•   Menguruskan penggunaan BBM/APD secara berterusan.
•   Menyelaras rancangan TV Pendidikan mengikut jadual waktu sekolah.
•   Memastikan keselamatan BBM/APD.
•   Membantu Pengetua dalam urusan pemilihan, sebut harga alat-alat BBM/APD.
•   Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD dalam pengajaran dan direkodkan dengan kemas.
•   Memastikan bilik BBM/APD sentiasa kemas dan ceria.
•   Menyediakan Laporan Tahunan BB/APD.


JAWATANKUASA JADUAL WAKTU
•   Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
•   Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.
•   Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu sesuai.
•   Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.
•   Menentukan penggunaan makmal dan bengkel.
•   Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan jadual waktu blok.
•   Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.
•   Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu ditentukan.
•   Membuat pindaan jika perlu.
•   Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Pengetua dan dipaparkan untuk makluman semua.


JAWATANKUASA MAKMAL KOMPUTER
•   Mengintergrasikan ICT dalam proses P&P.
•   Menyediakan kebolehan e-book.
•   Memperluaskan Program Malaysia School Net.
•   Memperluaskan Progran TV Pendidikan.
•   Membantu meningkatkan kerjasama institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membantu memperkembangkan ICT.
•   Mengadakan Program Celik Komputer bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dikalangan pelajar, guru dan personel.

Read more...

Share the love movement

Saturday, August 13, 2011


Share the Love movement inspired by Julie's...

Watch here now





sumber : You Tube

Read more...

About This Blog



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

http://bicarafarah.blogspot.com/2010/11/tutorial-3-membuat-pages-pada-blog.html...

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP