Ummi lafaz sumpah tak ada seks dengan Baginda

Tuesday, August 16, 2011

Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu.Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap Baginda hari ini.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi...
“Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” katanya. Ummi Hafilda diiringi oleh Penasihat Undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.
Beliau mengemukakan permohonan itu setelah Baginda gagal menghadirkan diri di mahkamah seperti yang disyaratkan pada 8 Ogos lalu.
Menurut Mohd Khairul, Malaysiakini , yang dinamakan oleh Ummi Hafilda sebagai defenden kedua, hadir apabila kes itu disebutkan. “Kami telah failkan dokumen berkaitan ke atas dirinya termasuk mengiklan di Harian Metro tetapi dia (Baginda) gagal hadirkan diri,” katanya.

Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.
Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.
Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.
Mkini Dotcom Sdn Bhd pula didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.
Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya.


 
sumber : Post - Malaysiakini

Read more...

Gay pastor union will cause social ills, Jamil Khir says

KUALA LUMPUR, Aug 14 — Islamic Affairs Minister Datuk Seri Jamil Khir Baharom claimed social problems will arise if a self-confessed gay Malaysian pastor proceeds with his wedding soon.
Rev Ou Yang Wen Feng, 41, and his African-American partner are planning to tie the knot at the end of the month in New York and hold a reception later in Malaysia.
“It is one of the tenets of liberals; they believe in freedom in the name of extreme human rights.
“We agree with human rights but such extremism that allows man and man to marry will create social problems,” he told reporters after the launch of the Groundbreaking Ceremony for the Al-Hijrah Surau here at the Pantai Ria housing project.
The minister said Malaysian civil law does not allow same-sex marriages.
“To me, as the minister in the Prime Minister Department in the religious context, I think it will encourage liberalism in Malaysia and this understanding is worrisome,” he said.
Jamil Khir stopped short of saying the marriage should be stopped, but added that the relevant authorities will take the appropriate action.
Ou Yang, who now serves at the Metropolitan Community Church in New York, said he planned to come back to Malaysia for holidays next year after his wedding to partner Phineas Newborn III, 47, a Broadway musical producer.
He said his “coming out” took place in 2006 after nine years of childless union with his now ex-wife, whom he described as an “angel”. Ou Yang grew up in a conservative Christian family.
Ou Yang, a former columnist with Sin Chew Daily, is currently in Hong Kong promoting his book on homosexuality and Christianity.



sumber : Post-The Malaysian Insider  14 Aug. 2011

Read more...

Suami pakai baju, seluar terbalik maut nahas


16.08.2011

PASIR PUTEH: Hasrat empat rakan untuk keluar minum selepas solat Tarawih berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka rentung akibat terbabit dalam kemalangan di Kilometer 24.5 di Kampung Jerus, Selising di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.58 malam itu pemandu kereta, Tuan Mat Syamsul Tuan Ismail, 35, maut, manakala rakannya, Mohamad Ikram Ismail, 27, yang juga kakitangan Hospital Tengku Anis; pembantu mekanik, Mohamad Nazirul Munir Mohamad Nasir, 18, dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Abal, Zuraidi Zakaria, cedera.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal, berkata mangsa yang memandu kereta Proton Wira dalam perjalanan dari arah Kampung Bukit Abal ke Kampung Pak Badol. 

“Apabila sampai berhampiran stesen minyak Caltex kereta dipandu mangsa dikatakan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan, sebelum terbakar menyebabkan Tuan Mat Syamsul terperangkap dan rentung dalam kenderaan.

“Tiga lagi rakan mangsa dapat diselamatkan oleh orang awam yang ada di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, tiga mangsa yang tercedera kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (HUSM).

Mohd Kamal berkata, siasatan awal mendapati kesemua mangsa yang berasal dari Kampung Bukit Abal dalam perjalanan ke Kampung Pak Badol untuk minum.
Sementara itu, isteri Tuan Mat Syamsul, Rosmawati Kamaruddin, 29, berkata sebelum keluar dari rumah arwah suaminya berpesan supaya menjaga anak dengan baik.

“Dia pesan supaya jaga anak dengan sempurna agar mereka menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat, dan maafkannya jika selepas ini kami tidak bertemu lagi.

“Apa yang lebih pelik sebelum dia keluar rumah baju dan seluar yang dia pakai semuanya terbalik, saya menegurnya gelagat dia namun tidak diendahkan dan terus pergi bersama rakannya,” katanya.




sumber : Post- Berita Harian Online

Read more...

About This Blog



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

http://bicarafarah.blogspot.com/2010/11/tutorial-3-membuat-pages-pada-blog.html...

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP