Kereta Adun Ayer Keroh disimbah cat merah

Saturday, November 9, 2013

Kereta Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh dari DAP Khoo Poay Tiang disimbah cat merah di rumahnya di Bukit Beruang, Melaka hari ini.

 Khoo berkata kejadian dipercayai berlaku selepas 5 pagi sewaktu beliau dan keluarga tiada di rumah.

"Saya keluar rumah 5 pagi tadi untuk menghadiri program parti di luar Melaka dan mendapat panggilan mengenai kejadian itu daripada jiran pada 11.30 pagi," katanya ketika dihubungi.

 Beliau berkata kejadian simbahan cat pada kereta jenis Honda CRV itu adalah kejadian kedua tahun ini selepas kejadian pertama pada 31 Jun lepas.

 "Saya menyerahkan tindakan lanjut kepada polis... saya minta mereka yang tidak berpuas hati berjumpa dengan saya untuk berbincang," katanya yang telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

 Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Muhammad Koey Abdullah berkata polis akan menjalankan siasatan terperinci termasuk jika ia mempunyai kaitan dengan kes sebelum ini.

 Polis juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di rumah Khoo dan mengesan jap jari pada plastik mengandungi cat yang dibaling bagi mengenal pasti mereka yang terlibat, katanya.

Bernama, 9 November, 2013.

Read more...

Polis tahan remaja hina Islam di Melaka

Polis menahan seorang remaja lelaki di Bandar Hilir Melaka semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes menghina Islam dengan menulis kata-kata mencerca Allah dalam statusnya di laman Facebook baru-baru ini.

 Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, berkata suspek berusia 17 tahun dari Petaling Jaya itu ditahan jam 3 petang tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk diambil keterangan.

Katanya, remaja itu kemudian dibebaskan tengah malam semalam dengan ikat jamin polis. Remaja itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 susulan satu laporan polis diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap tindakan remaja berkenaan. Zainuddin berkata, remaja tersebut sudah berhenti sekolah selepas peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dua tahun lalu dan ketagih dengan permainan komputer. - Bernama, 8 November, 2013.

sumber- Malaysian Insider

Read more...

Dua anggota tentera yang terkorban naik pangkat - Ahmad Zahid

Wednesday, March 13, 2013

PETALING JAYA 13 Mac - Dua anggota tentera yang terkorban dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini. 

 Beliau berkata, imbuhan untuk kedua-dua ibu bapa Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Ruslan, 21, akan diberi melalui beberapa faedah perkhidmatan. “

Wang bukan boleh mengubati kesedihan kehilangan orang tersayang tapi ia tanda rasa prihatin daripada Kementerian Pertahanan, warga Angkatan Tentera dan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di Pangkalan TUDM Subang, di sini hari ini. 

Beliau hadir memberikan penghormatan terakhir apabila jenazah dua wira negara itu diterbangkan ke sini dari Sabah. 

 Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah 12 Feb lepas. 

 credit - BERNAMA

Read more...

About This Blog



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

http://bicarafarah.blogspot.com/2010/11/tutorial-3-membuat-pages-pada-blog.html...

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP